Pada
era globalisasi kini, kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menjadi
semakin penting untuk setiap manusia. Manusia dan ICT seakan tidak boleh
dipisahkan dan menjadi satu keperluan dalam menjalani kehidupan. Walau
bagaimanapun, terdapat beberapa kesan positif dan kesan negatif terhadap
penggunaan ICT.
Antara
kesan positif ICT ialah mudah mendapatkan maklumat. Pelbagai maklumat boleh
diakses melalui medium ICT seperti internet. Hal ini memudahkan para pelajar
mendapatkan maklumat tentang hal-hal berkaitan pendidikan di internet. Para
pelajar boleh melayari blog-blog pendidikan yang semakin banyak di internet.
Selain
itu, ICT juga memudahkan komunikasi. Melalui laman sosial seperti Facebook,
Twitter, Skype, dan sebagainya manusia boleh berkomunikasi secara atas talian
dengan mudah dan cepat. Ibu bapa juga boleh mengubat rindu dengan cara
menghubungi anak-anak mereka yang berada jauh di perantauan melalui laman
sosial Skype.
Di
samping itu, ICT turut membawa kesan positif dalam mempercepatkan urusan. Kini,
pelbagai urusan kerajaan atau swasta dengan mudah boleh dilakukan secara dalam
talian. Contohnya, urusan perbankan, pembayaran bil utiliti, permohonan kerja,
membeli belah, dan sebagainya. Orang awam tidak perlu lagi beratur panjang
untuk membayar bil di kaunter sebaliknya boleh terus membayar bil utiliti
mereka di internet dengan mudah yang cepat.
Tambahan
itu, ICT juga memudahkan orang awam untuk mengetahui perkembangan semasa yang
berlaku. Kemajuan ICT yang bersifat global memudahkan seseorang mengetahui
berita atau kejadian yang berlaku di luar negara dengan mudah dan cepat. Laman
sesawang berita setiap negara boleh diakses melalui jaringan internet untuk
mendapatkan berita-berita terkini dari negara luar.
Seterusnya,
melalui ICT induvidu/syarikat dapat meluaskan pasaran perniagaan mereka.
Perdagangan antara atas talian kini semakin popular dalam kalangan masyarakat.
Oleh itu, perkembangan pesat teknologi maklumat mampu membawa jaringan
perniagaan yang luas dan lebih berdaya saing melalui atas talian. Pembelian
secara atas talian juga membawa banyak kelebihan kepada pembeli khususnya. Hal
ini kerana mereka mempunyai banyak variasi barangan yang boleh dibandingkan
harga serta fungsinya. Pembeli juga mampu menjimatkan masa mereka melalui
belian atas talian daripada membeli barangan di pasar raya.
Terdapat
beberapa kesan negatif perkembangan teknologi maklumat (ICT). Antaranya, banyak
mengbuang masa. Keseronokan melayari laman-laman sosial seperti Facebook,
Twitter, dan bermain permainan maya secara atas talian menyebabkan seseorang
menghabiskan banyak waktu. Kesan yang paling ketara adalah terhadap pelajar
yang menghabiskan waktu mereka melayari internet sehingga mengabaikan kerja
sekolah dan waktu belajar. Produktiviti seseorang pekerja juga akan merosot
jika terlalu leka melayari internet.
Di
samping itu, ICT juga mendatangkan kesan negatif dalam berlakunya jenayah
siber. Semakin maju teknologi maklumat (ICT) semakin meningkat jenayah siber
yang berlaku. Jenayah siber yang dimaksudkan adalah seperti penipuan secara
atas talian, berlaku traksaksi palsu, buli siber, dan sebagainya. Kelicikan
penjenayah siber ini adakalanya mampu menggodam sistem pertahanan negara dan
rahsia-rahsia kerajaan yang boleh mendedahkan sesebuah negara kepada ancaman
anasir luar. Penipuan jual beli dalam talian juga membawa kerugian yang besar
kepada pembeli atau penjual.
Seterusnya,
kesan negatif kemajuan ICT ialah melayari laman sesawang yang tidak bermoral
atau pronografi. Generasi muda khususnya lebih terdedah untuk melayari laman
sesawang yang tidak bermoral dan pronografi disebabkan benteng agama yang tidak
kukuh. Melalui laman sesawang tidak bermoral ini, generasi muda akan mudah
terpengaruh dan mengikut perlakuan yang tidak baik menerusi laman sesawang
tersebut.
Kesimpulannya,
kemajuan ICT diharap dapat membawa kesan positif terhadap penggunannya.
Kesan-kesan negatif yang berpunca daripada kemajuan ICT haruslah di beri
perhatian oleh kerajaan dan pihak yang bertanggungjawab agar gejala negatif ini
dapat dibanteras. Pengguna ICT juga haruslah lebih bijak dalam menilai setiap
kandungan yang di terima oleh kepesatan ICT.