Menyediakan contoh karangan Bahasa melayu, Pengajian Am, dan Sejarah yang merangkumi pelbagai topik bagi pelajar STPM, disertakan juga contoh karangan SPM, PT3 dan juga UPSR.

Ciri-ciri masyarakat maritim di Portugal pada abad ke-16 dan 17

Contoh Karangan Ciri-ciri masyarakat maritim di Portugal pada abad ke-16 dan 17


Pendahuluan 

  • Masyarakat maritim bergantung kepada aktiviti berasaskan laut seperti perdagangan , perikanan , pengumpulan hasil laut dan perkapalan. Masyarakatnya tinggal di pesisir pantai, lembah sungai, pelabuhan atau Bandar pelabuhan. Masyarakat maritim menjalankan aktiviti menangkap ikan dan mengumpul hasil laut. Masyarakat maritim terdiri daripada golongan pedagang, nelayan, nahkoda, anak kapal dan peneroka.
  • Kemunculan Portugal sebagai kuasa maritim yang unggul sejak abad ke-15 dan 16. Munculnya golongan pelayar dan peneroka terkenal. Pelayar Portugal terlibat dalam penerokaan, penjajahan, penjelajahan dan perdagangan.

 

Isi-Isi penting:

Kegiatan Ekonomi

  • Kegiatan ekonomi utama masyarakat maritim di Portugal ialah perdagangan yang di jalankan di pelabuhan seperti Lisbon dan Antwerp. Masyarakat maritim melancarkan ekspedisi ke Timur untuk menguasai perdagangan rempah . Pedagang Portugal memperoleh barang dagangan seperti rempah-ratus, sutera dan batu permata .
  • Mereka membawa hasil hutan dan bahan pencelup dari Brazil. Selain berdagang masyarakat maritim juga terlibat dalam aktiviti menangkap ikan, mengumpul hasil laut dan mempunyai kemahiran membina kapal.

 

Petempatan

  • Masyarakat maritim Portugal tinggal berhampiran pesisir pantai, lembah sungai dan kepulauan . Petempatan mereka berhampiran dengan laut memudahkan mereka menjalankan kegiatan seperti perdagangan, menangkap ikan dan mengumpul hasil laut.

  • Masyarakat maritim juga tinggal di pelabuhan yang terletak di muara sungai. Antara pelabuhan yang menjadi tumpuan ialah Pelabuhan Libson dan Antwerp yang memainkan peranan sebagai pusat pengumpulan dan pengedaran barang dagangan Portugal.

 

Teknologi perkapalan dan pelayaran

  • Masyarakat maritim mempunyai kemahiran dalam pembinaan kapal dan perahu seperti kemahiran membina kapal jenis Caravel seberat 2000 tan. Kapal jenis ini dibina dengan teknologi tinggi kerana akan digunakan untuk pelayaran jarak jauh .
  • Masyarakat maritim di Portugal mempunyai kemahiran teknologi pelayaran di mana tokohnya ialah Putera Henry yang telah mengasaskan sebuah sekolah pelayaran di Sagres. Sekolah tersebut terlibat dalam penciptaan peralatan bagi memudahkan pelayaran seperti kompas magnetic, astrolabe dan carta pelayaran. Kewujudan sekolah ini juga membolehkan masyarakat Portugal terdedah kepada ilmu nautika.

 

Penjelajahan & penerokaan

  • Masyarakat maritim di Portugal terlibat dalam aktiviti penerokaan dan penjelajahan dan telah melancarkan ekspedisi mencari jalan laut ke Timur.
  • Bartholomew Diaz belayar ke Tanjung Harapan dan berjaya mengelilingi Tanjung Harapan sampai ke Malindi kemudian beliau meneruskan pelayaran ke Calicut, India.

 

Memiliki sifat ingin tahu

  • Masyarakat maritim mempunyai semangat ingin tahu yang kuat yang menyebabkan mereka ingin mengetahui adat resam, budaya dan sejarah masyarakat lain. Semangat ingin tahu ini mendorong mereka mengkaji bentuk muka bumi, iklim dan cuaca sesuatu tempat.
  • Masyarakat maritim di Portugal merupakan masyarakat yang berani menghadapi cabaran. Sebagai contoh, ekspedisi yang di lancarkan oleh Ferdinand Magellan di mana beliau terpaksa menghadapi cabaran kekurangan makanan dan kerosakan kapal namun meneruskan perjalanan walaupun telah didesak oleh anak kapal untuk berpatah balik. Ini menunjukkan Magellan merupakan tokoh yang berani menghadapi pelbagai cabaran sepanjang pelayaran.

 

Kemahiran membina kapal

  • Masyarakat maritim juga mempunyai kemahiran dalam pembinaan kapal. Mampu membina kapal yang besar seperti caravel yang boleh belayar di lautan luas
  • Kemajuan dalam pembinaan kapal menyebabkan muncul industri pembinaan kapal di Portugal

 

Kemahiran teknologi pelayaran

  • Masyarakat maritim mempunyai kemahiran dalam teknologi pelayaran. Masyarakat maritim mempunyai kemahiran menentukan arah pelayaran dengan menggunakan kompas magnetik dan astrolabe. Mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang tinggi dalam ilmu nautical
  • Putera Henry mendirikan sebuah sekolah pelayaran untukmelatih ahli pelayaran dan jurumudi di Sagres.

 

Penjelajahan dan penerokaan

  • Masyarakat maritim merupakan masyarakat yang terdedah kepada kegiatan penerokaan dan penjelajahan. Mempunyai kemahiran dalam merancang dan melancarkan ekspedisi penerokaan dan penjelajahan
  • Menjelang abad ke-15M, orang Portugis melancarkan beberapa ekspedisi mencari jalan laut ke Timur. Contohnya Vasco da Gama melancarkan ekspedisi atas permintaan Raja Manuel I sekitar tahun 1497.

 

Semangat keterbukaan

  • Masyarakat maritim memiliki semangat keterbukaan. Sanggup mengharungi lautan luas dan belayar ke negara-negara lain
  • Menjalin hubungan dan berinteraksi dengan masyarakat tempatan. Hasilnya berlaku pemindahan idea dan teknologi. Melahirkan cerdik pandai yang dapat menghasilkan ciptaan-ciptaan baru

 

Memiliki sifat berani

  • Masyarakat maritim berani hadapi cabaran. Mempunyai kemampuan untuk hadapi pelbagai cabaran ketika belayar di lautan luas. Contohnya Ferdinand Magellan melancarkan ekspedisi ke Timur pada tahun 1519
  • Pengalaman yang diperoleh masyarakat maritime ketika di laut menjadikan mereka bangsa yang berani

 

Keupayaan menguasai laluan laut

  • Mempunyai keupayaan dan kebolehan dalam menguasai jalan laut. Mengatur langkah untuk mencari dan menguasai laluan laut ke Timur
  • Mendirikan pangkalan perdagangan di Sri Lanka, Sumatera, Jawa dan Kepulauan Rempah

 

Penutup

  • Portugal merupakan kuasa besar maritim pada abad ke-17 di Eropah selain Belanda dan Inggeris.
  • Portugal menjadi masyarakat maritim oleh faktor kedudukan geografi, kestabilan politik, perkembangan kapitalisme dan sebagainya.

 

Baca Juga: Faktor kemunculan masyarakat maritim di Portugal abad ke-16 dan 17

Baca Juga: Perkembangan Masyarakat Maritim Di Portugal