Menyediakan contoh karangan Bahasa melayu, Pengajian Am, dan Sejarah yang merangkumi pelbagai topik bagi pelajar STPM, disertakan juga contoh karangan SPM, PT3 dan juga UPSR.

Perpaduan rakyat teras pembangunan negara


Isi-isi penting

KEPENTINGAN PERPADUAN RAKYAT 


Perpaduan membolehkan pembangunan negara berjalan lancar.
  • Perpaduan dapat mewujudkan kestabilan politik dan sosial.
  • Ini boleh menarik pelaburan asing
  • Ekonomi yang meningkat memakmurkan negara. 

Membolehkan rakyat hidup dalam keadaan aman dan sentosa.
  • Tanpa keamanan, rakyat hidup dalam ketakutan.
  • Contohnya di Indonesia, rakyat pelbagai keturunan bermusuhan. Ketika kegawatan ekonomi, rakyat keturunan Cina menjadi mangsa.
  • Peristiwa 13 Mei 1969 juga menjejaskan keamanan Malaysia.
  • Jadi, perpaduan memang penting untuk mencapai keamanan. 

Perpaduan rakyat dapat menjamin kedaulatan bangsa dan negara.
  • Tanpa, perpaduan, sesuatu bangsa akan mudah diperalat oleh bangsa asing, malah mudah dijajah oleh bangsa asing.
  • Misalnya di Afghanistan, pihak yang mahu menang sanggup diperkuda oleh Rusia. Akibatnya, mereka tunduk kepada kehendak Rusia.
  • Dengan wujudnya perpaduan, sesebuah bangsa tidak akan diperkotak-katikkan oleh bangsa lain.

Perpaduan rakyat penting bagi mengatasi masalah sosial. 
  • Kadar jenayah yang semakin meningkat memerlukan kerjasama daripada setiap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa bagi mengurangkannya.
  • Masalah sosial seperti kes jenayah tidak harus dipikul oleh satu pihak sahaja.

Perpaduan penting bagi menaikkan imej sesebuah negara.
  • Tiadanya perpaduan di Afrika Selatan telah mencemarkan imej negara itu.
  • Begitu juga rusuhan kaum di Amerika Syarikat telah mencemarkan imej negara itu.
  • Di Malaysia, perpaduan kaum dikagumi oleh masyarakat dunia.

LANGKAH-LANGKAH MENCAPAI PERPADUAN 

Jurang perbezaan ekonomi dan budaya antara kaum harus dihapuskan.
  • Pengagihan kekayaan yang adil dapat memupuk perpaduan rakyat. Satu identiti bangsa juga penting.
  • Menyedari kepentingan ini, kerajaan Malaysia melaksanakan Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
  • Prasangka dan rasa tidak puas hati dapat dikurangkan.
  • Dasar-dasar ini didapati amat membantu dalam menyatupadukan rakyat pelbagai kaum

Sistem pendidikan juga penting untuk mencapai perpaduan.
  • Aktiviti kurikulum dan kokurikulum dapat memupuk nilai-nilai positif.
  • Sukatan pelajaran yang menitikkan semangat kerjasama dan patriotik membantu menyemai sikap tolenrasi dan hormat-menghormati antara kaum - (Peranan sekolah dan guru)
  • Langkah ini mengeratkan perpaduan rakyat lagi.

Penggunaan satu bahasa juga dapat memupuk perpaduan.
  • Hal ini demikian kerana pengetahuan dan penggunaan satu bahasa membolehkan setiap rakyat dalam sesebuah negara berkomunikasi sesama sendiri. Oleh itu, perselisihan faham dapat dielakkan.
  • Dengan penggunaan satu bahasa, setiap kaum dapat mengenali adat resam kaum-kaum yang lain serta bekerjasama bagi membangunkan negara
  • Sebagai bukti, penggunaan Bahasa Malaysia telah dapat menyatupadukan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Peranan institusi keluarga / ibu bapa
  • Berperanan menyemai nilai-nilai positif, sifat toleransi dan hormat-menghormati di dalam diri anak-anak.– “Lentur buluh dari rebung”.
  • Kanak-kanak yang terdidik dengan nilai-nilai ini sejak dari kecil pasti tidak berasa kekok untuk bergaul dengan bangsa atau kaum lain apabila dewasa kelak. Ini akan membantu
  • pemupukan perpaduan dengan lebih cepat dan berkesan.

Peranan media massa / kempen
  • Media cetak dan elektronik perlu menjalankan fungsi mendidik masyarakat, dengan memaparkan maklumat yang berkaitan perpaduan.

Peranan badan-badan bukan kerajaan (NGO) / swasta / korporat
  • Berganding bahu dengan kerajaan.
  • Menyumbang dari segi tenaga dan idea ke arah pemupukan perpaduan.

Aktiviti atau program yang boleh memupuk perpaduan diada atau digiatkan
  • Program Khidmat Negara
  • Sukan
  • Gotong royong
  • Rumah terbuka hari perayaan