Menyediakan contoh karangan Bahasa melayu, Pengajian Am, dan Sejarah yang merangkumi pelbagai topik bagi pelajar STPM, disertakan juga contoh karangan SPM, PT3 dan juga UPSR.

Karangan Tadbir Urus (Esei)

Tadbir urus yang baik memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan negara mencapai Wawasan 2020. Jelaskan.

PENDAHULUAN
  • Sesebuah kerajaan yang cekap pasti akan berfungsi dengan memainkan peranan utama untuk membangunkan Negara bagi mencapai wawasan Negara iaitu Negara maju menjelang 2020.
  • Para pemimpin dan pegawai perkhidmatan awam adalah dituntut memainkan peranan mereka.

PERANAN

 Melaksanakan dasar pengagihan ekonomi yang saksama
  •  Kerajaan menyediakan program pembangunan ekonomi kepada semua etnik.
  • Etnik Melayu, Cina, India dan lain-lain saling membantu dan bekerjasama terlibat dalam aktiviti ekonomi.
  • Kerajaan menyediakan infrastruktur ekonomi untuk merangsang penglibatan semua kaum bagi meningkatkan pendapatan isi rumah.
  • Menyediakan kemudahan kredit  dan pinjaman tanpa faedah akan dapat membantu usahawan meningkatkan pendapatan isi rumah. 

Menjadi Institusi Birokrasi yang cekap
  • Pengurusan tadbir urus yang cekap dapat mengurangkan  karenah birokrasi.
  • Memudahkan  dan mempercepatkan urusan pelanggan dengan pihak kerajaan.
  • Program dan dasar perkhidmatan awam dapat meningkatkan keupayaan dan imej tadbir urus baik.
  • Slogan piagam pelanggan dan konsep mesra pelanggan membantu tadbir urus meningkatkan kecekapan dan pengurusan pejabat.

Menggiatkan Penglibatan Agensi Awam dalam Pembangunan Negara
  • Unit Perancang Ekonomi ( UPE)  dan Unit Penyelaras Pelaksanaan(UPP)  berfungsi sebagai agensi pusat yang merancang dan menyelaras pembangunan peringkat persekutuan dan negeri.
  • Penglibatan agensi ini akan memudahkan tadbir urus melaksanakan dasar pembangunan Negara.

Menjaga keselamatan, Keharmonian dan kebajikan rakyat.
  • Kerajaan melaksanakan program penerapan nilai-nilai murni
  • Dasar social dan penerapan budaya dan etika dalam kehidupan dapat mewujudkan keharmonian dan kesejahteraan hidup
  • Kerajaan berusaha menerapkan konsep perpaduan  dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik seperti konsep 1 Malaysia, Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Mengadakan Hubungan dengan Negara luar
  • Hubungan serantau dan antarabangsa dalam bidang pentadbiran , social dan ekonomi .
  • Mengambil model ekonomi Jepun dan Korea Selatan.
  • Berlaku pemindahan teknologi dan mekanisme ekonomi baru  melalui proses pendidikan peringkat tinggi dalam dan luar Negara.
  • Kerajaan dapat mempelbagaikan sumber dan meningkatkan produktiviti.
  • Keselamatan Negara terjamin melalui kerjasama pertahanan dengan Negara sempadan dan antarabangsa.

Menyediakan Prasarana Sosial
  • Membina pusat pendidikan bertaraf dunia dan pusat kesuhatan moden.
  • Melaksanakan pendidikan sepanjang hayat dan menyediakan sukatan dan penilaian yang selaras.
  • Melengkapkan infrastruktur hospital dan klinik( contohnya Klinik 1 Malaysia ) untuk memenuhi keperluan rakyat.

KESIMPULAN 

Tadbir urus yang baik akan melaksanakan peranan secara berkesan dan menyeluruh bagi merelisasikan amalan tanggungjawab social kepada rakyat