Menyediakan contoh karangan Bahasa melayu, Pengajian Am, dan Sejarah yang merangkumi pelbagai topik bagi pelajar STPM, disertakan juga contoh karangan SPM, PT3 dan juga UPSR.

Cadangan Mengadakan Hari Derma Darah [Kertas Cadangan]

CADANGAN MENGADAKAN HARI DERMA DARAH

1.0   Pengenalan  
Sebagai sebuah organisasi di tempat pekerjaan, kami berasa bertanggungjawab untuk menghulur dan membantu masyarakat yang memerlukan bantuan dan bercadang untuk mengadakan Hari Derma Darah sebagai salah satu aktiviti social tahunan. Dengan mengadakan aktiviti tersebut dapat memberi kepentingan kepada masyarakat mahupun kepada pekerja di tempat pekerjaan ini sendiri.

2.0   Objektif Program
Program ini mempunyai objektif seperti berikut :
2.1-Menimbulkan kesedaran kepada masyarakat bahawa menderma darah merupakan satu amalan yang mulia dan mampu membantu menyelamatkan nyawa seseorang. 

2.2-Membantu masyarakat dalam mengetahui kebaikan dalam menderma darah.
 
2.3-Membolehkan masyarakat mengenal pasti kepentingan menderma darah kepada tubuh badan.

3.0    Faedah Program
Antara faedah menderma darah: 
3.1-Antara manfaat utama adalah melindungi jantung dengan mengurangkan tekanan oksidatif Kajian Persatuan Perubatan Amerika Syarikat menunjukkan, derma darah dapat mengurangkan lebihan atau sisa zat besi dalam darah yang menyebabkan kerosakan sel dan tisu. Malah, peningkatan oksidatif itu amat membahayakan sistem kardiovaskular. Pengurangan ancaman sakit jantung akibat kerap menderma darah, boleh dilihat terutama bagi penderma yang tidak merokok.
 
3.2-Menangani ancaman kanser Menderma darah membantu mengurangkan risiko kanser. Pusat Miller-Keystone Darah, mendapati pendermaan darah yang konsisten, dikaitkan dengan risiko rendah untuk mendapat kanser, termasuk hati, paruparu, kolon, perut, dan tekak. Tahap risiko semakin menurun dengan kekerapan pendermaan darah dilakukan penderma. Kaitan antara risiko kanser yang lebih rendah dan menderma darah juga mungkin berpunca daripada pengurangan tekanan oksidatif. Perlu diketahui, sebatian radikal bebas boleh merosakkan DNA dan kerosakan bahan genetik menjadi punca kepada ancaman semua jenis kanser.
 
3.3-Kajian awal dari Jerman mencadangkan individu obes boleh meningkatkan tahap kesihatan mereka dengan menderma darah. Kajian itu mendapati orang gemuk dengan sindrom metabolik, mengalami penurunan tekanan darah, bersama-sama dengan perubahan lain yang dikaitkan dengan penurunan risiko penyakit jantung. Sindrom metabolik adalah koleksi gejala yang dikaitkan dengan penyakit jantung, termasuk gula dalam darah tinggi, tekanan darah tinggi, dan tahap rendah kolesterol `baik'. Sindrom ini dikaitkan dengan peningkatan risiko strok, penyakit arteri koronari dan diabetes Jenis 2. Rawatan utama adalah untuk pengurangan berat badan.

3.4-Membantu melawan hemochromitosis Hemochromitosis sejenis gangguan genetik, dikenali    juga sebagai gangguan zat besi sarat, yang mana besi terkumpul dalam tisu badan lantaran metabolisme besi tidak sempurna. Keadaan ini boleh membawa kepada kerosakan organ.

4.0   Tarikh
  4.1 Tarikh : 23 Mac 2013
  4.2 Hari : Sabtu
  4.3 Masa :Rujuk 7.0 Program Tentatif
  4.4 Tempat : Dewan Hospial Besar Kota Bharu

5.0   Penderma
Anggaran penderma adalah seramai 200 orang. Semua ahli organisasi bersama-sama masyarakat tempatan yang mengambil bahagian dalam program Hari Derma Darah ini.

6.0   Penceramah dan Tetamu Kehormat/Jemputan
  6.1    Penceramah
      (i) Dr. Ahmad bin Hj Hassan dari Hospital Besar Kota  Bharu,Kelantan.
     (ii) En. Amin bin Abdullah dari Universiti Teknologi MARA, Kelantan.

  6.2   Tetamu Kehormat/Jemputan
      (i) Menteri Besar Kelantan
     (ii) Pegawai Daerah Kota Bharu
     (iii) Ketua Perubatan Hospital Kota Bharu

7.0   Program Tentatif 
Tarikh/hari
Masa
Aktiviti
23 Mac 2013
Sabtu
7.30 pagi – 9.00 pagi
Pendaftaran
9.30 pagi – 10.00 pagi
Acara Pembukaan Hari Derma Darah - Ucapan dan Perasmian
10.30 pagi – 11.30 pagi
Ceramah 1
11.30 pagi – 12.00 tengah hari
Ceramah 2
12.00 tengah hari – 1.00 petang
Makan Tengah Hari
2.00 petang – 6.00 petang
Aktiviti Derma Darah
6.00 petang – 7.00 petang
Acara Penutup dan Pemberian Cendera Mata

8.0   Kewangan
Kewangan ditanggung oleh organisasi tempat kerja sepenuhnya.

9.0   Ahli Jawatankuasa Organisasi
        Ketua Organisasi : Zakaria bin Othman
        Timbalan Ketua : Seman bin Abdullah
        Pengerusi Majlis : Ahli bin Mamat
        Setiausaha : Aminah binti Hassan

AJK Pelaksana : 
      i) Pendaftaran : Ahmad bin Hambali
     ii) Jamuan : Asmah binti Omar
    iii) Jemputan dan Sambutan : Kursiah binti Kadir


10.0   Penutup

Pihak kami berharap agar program Hari Derma Darah ini mendapat sokongan dari pihak tuan. Pihak kami juga berharap bahawa program ini akan behasil dan mencapai objektifnya.

Disediakan oleh,

(AMINAH BINTI HASSAN)
Setiausaha
4 Januari 2013

Disemak dan disokong oleh,

(SEMAN BIN ABDULLAH) 
Timbalan Ketua
7 Januari 2013

Diluluskan oleh,

(ZAKARIA BIN OTHMAN)
Ketua Syarikat
9 Januari 2013