Definisi
Zakat
- Dari segi bahasa bermaksud penyucian atau penyuburan untuk menghapuskan sifat-sifat kedekut atau bakhil dalam diri seseorang individu.
- Zakat sebagai menyuburkan dengan penambahan pahala serta keberkatan dalam harta yang dimiliki.
- Dari segi syarak, zakat dikaitkan dengan pemberian atau pengeluaran yang diwajibkan ke atas umat Islam termasuk dalam rukun Islam.
- Kefardhuan zakat telah disyariatkan pada tahun kedua hijrah Rasulullah SAW ke Kota Madinah sebagai satu daripada rukun Islam kelima.
- Kengganan membayar zakat boleh membawa kepada hukuman bunuh atau mereka juga dipaksa membayar zakat oleh pemerintah.
- Zakat wajib dikeluarkan sekiranya seseorang itu Islam, cukup nisab/kadar dan genap haul iaitu setahun mengikut bulan hijrah.
- Zakat terbahagi kepada dua iaitu zakat fitrah yang diwajibkan ke atas semua individu Muslim pada bulan Ramadhan dan zakat harta wajib mengikut syarat.
- Zakat harta diwajibkan ke atas individu yang mampu apabila harta yang dimiliki cukup hisab/kadar serta haulnya iaitu genap setahun hijrah.
- Zakat harta terbahagi kepada zakat pertanian, zakat binatang ternakan, zakat perniagaan, zakat emas dan perak; dan zakat rikaz/karun.
- Harta yang dikeluarkan sebagai zakat akan diagihkan kepada lapan golongan asnaf/yang memerlukan.
Kadar
zakat dan golongan penerima zakat.
- Kadar zakat fitrah ialah sebanyak segantang kira-kira 2.7kilogram yang dikeluarkan daripada makanan asasi penduduk sesebuah negara seperti beras, dan gandum.
- Kadar zakat harta pula dikeluarkan dengan kadar yang ditetapkan oleh syarak contohnya kadar nisab pertanian ialah lima ausuq iaitu 900 liter secara timbangan.
- Kadar zakat untuk tanaman ialah 1/10 jika menggunakan air hujan/sungai dan 1/20 jika menggunakan alat penyiram.
- Terdapat 8 golongan penerima zakat/asnaf iaitu fakir, miskin, musafir, mualaf, hamba bebas, orang berhutang, orang berjihad dan amil.
Pelaksanaan zakat zaman Khulafa al-Rasyidin
(1) Zaman
Khalifah Abu Bakar
- Pada zaman Khalifah Abu Bakar, timbul kontroversi dengan pelaksanaan zakat disebabkan wujudnya golongan al-Riddah yang enggan membayar zakat.
- Golongan yang enggan membayar zakat ini ialah penduduk Yaman, Yamamah dan Oman kerana menganggap zakat sebagai cukai paksaan.
- Ada yang tersalah tafsir bahawa Nabi Muhammad SAW sahaja yang berhak mengutip zakat seperti Malik bin Nuwairiah.
- Khalifah Abu Bakar bersikap tegas ke atas orang yang cuba memisahkan kewajipan solat dengan kewajipan zakat kerana keduanya adalah tiang dan jambatan agama.
- Berdasarkan al-Quran dan hadis, Khalifah Abu Bakar menggempur golongan ini melalui pembentukan 11 buah pasukan tentera.
(2) Zaman
Khalifah Umar
- Meneruskan pelaksanaan zakat melalui Baitulmal dan harta zakat yang diperolehi dikenali sebagai harta masyarakat.
- Zakat diperoleh daripada golongan berada dan kaya untuk diagihkan kepada golongan yang layak menerimanya.
- Harta zakat atau harta masyarakat terdiri daripada zakat fitrah, zakat harta, sedekah dan wakaf.
- Baitulmal telah menyalurkan hasil pembayaran kepada 8 asnaf iaitu fakir miskin, musafir, amil, muallaf, hamba yang ingin merdeka, berhutang, berjihad dan ibnu sabil.
- Kutipan zakat pada masa ini telah bertambah kerana banyak ekspedisi ketenteraan dan penyebaran Islam dilakukan.
(3) Zaman
Khalifah Uthman
- Khalifah Uthman memperkenalkan zakat ternakan kepada pemilik kuda dan tidak pernah dilakukan pada zaman Nabi Muhammad SAW.
- Khalifah Uthman menjelaskan perkembangan ekonomi yang dinikmati oleh masyarakat Islam sehingga berjaya memiliki kuda.
- Kadar zakat kuda sejajar dengan zakat yang dikenakan ke atas unta dan semua sumber zakat dimasukkan ke dalam Baitulmal.
- Timbul masalah apabila Khalifah Uthman dituduh menyalahgunakan pengagihan wang zakat ketika dana Baitulmal merosot.
- Khalifah Uthman menjelaskan bahawa wang tersebut diambil sebagai wang pendahuluan yang akan dikembalikan.
(4) Zaman
Khalifah Ali
- Pada zaman Khalifah Ali, walaupun menghadapi konflik dalaman, namun pelaksanaan zakat tetap dijalankan seperti biasa.
- Khalifah Ali merupakan salah seorang yang arif dalam institusi zakat dan pernah menjawat jawatan sebagai pegawai zakat pada zaman Nabi Muhammad SAW.
- Khalifah Ali telah menghapuskan zakat terhadap kuda yang telah diperkenalkan oleh Khalifah Umar.
- Khalifah Ali turut memperkenalkan kadar zakat setiap lima ekor unta dewasa boleh digantikan dengan unta yang lebih muda atau tua.
- Kadar zakat ini dengan syarat dibayarkan ganti rugi kepada tuannya dua ekor kambing biri-biri atau 10 dirham.