Karangan PT3- Contoh Karangan Cara-Cara Mengatasi Pencemaran Alam Ini.
Pencemaran alam dilihat sebagai satu fenomena kemusnahan alam akibat kesilapan manusia. Antara pencemaran itu meliputi pencemaran udara, air, laut, dan juga kemusnahan hutan secara berleluasa. Sebenarnya, ada pelbagai kaedah yang boleh dilakukan untuk mengekang pencemaran daripada terus berlaku itu.
Tindakan yang paling berkesan ialah
masyarakat kita mengamalkan amalan kitar semula itu. Sikap kitar semula ini
boleh dipupuk jika pihak berkuasa berani meletakkan tong kitar semula di
beberapa kawasan yang strategik itu. Jelaslah, amalan kitar semula tidak akan
memusnahkan alam kerana masyarakat tidak membazir itu.
Selain itu, kita boleh menggunakan
sumber tenaga alternatif yang tertentu seperti tenaga air, cahaya matahari, dan
angin itu. Malaysia merupakan sebuah negara yang dianugerahkan pelbagai sumber
tenaga asli yang banyak sehingga menjadikan negara ini gelap mata untuk membuat
keputusan. Akibatnya, negara kita tidak akan menggunakan minyak yang banyak
menghasilkan bahan sisa kotor itu.
Tambahan pula, isu pencemaran boleh
diatasi jika kawasan sungai diselenggarakan dengan baik. Penjagaan sungai
penting kerana sungai yang baik akan menghalang berlakunya kejadian banjir
kilat, tanah runtuh dan aliran air yang tidak menghakis tanah. Ringkasnya,
sungai yang tidak bermasalah akan menjamin kualiti alam yang baik berlaku.
Kesimpulannya, semua tindakan tadi
berupaya untuk menjadikan alam kita lebih bersih dan berkualiti. Isu pencemaran
alam harus ditangani dengan bijak oleh semua pihak sebelum terlewat. Peribahasa
nasi menjadi bubur mengingatkan kita agar bertindak dahulu sebelum kemelut
pencemaran alam ini menjadi semakin meruncing itu.