Pengenalan
Zaman jahiliah ialah zaman sebelum Islam. Zaman jahiliah wujud selepas keruntuhan kerajaan Saba’. Pada masa itu, tiada nabi yang di utus dan tiada kitab suci daripada Allah SWT untuk dijadikan petunjuk. Pada masa yang sama, tiada ciri-ciri ketamadunan atau pembangunan fizikal yang melambangkan peradapan yang tinggi.
Jahiliah berasal dari kata akar Jahala dan kata terbitan Jahlun atau Jahlatun yang bermaksud bodoh dan sesat. Berdasarkan al-Quran, ciri-ciri Jahiliah dapat dirumuskan kepada empat, iaitu: Zaman yang tidak mempunyai Nabi dan kitab suci sebagai petunjuk, Masyarakatnya tidak mempunyai peradapan dan tamadun, Masyarakatnya tidak berakhlak, angkuh dan bongkak serta masyarakatnya jahil kerana tidak boleh membaca dan menulis.
Lebih tepat, zaman jahiliah muncul selepas kejatuhan kerajaan Saba’ peringkat ketiga dan peringkat terakhir pemerintahan Himyar pada tahun 300 dan berakhir setelah turunnya kitab suci al-Quran dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 610. Dalam tempoh 3 abad itu, masyarakat arab jahiliah dikatakan mengalami keruntuhan akhlak, agama, politik, ekonomi, sosial dan ilmu pengetahuan.
Isi-Isi Penting:
Konsep Jahiliah
Konsep jahiliah mengikut Pandangan Sarjana Islam
- Tidak mempunyai nabi dan kitab sebagai petunjuk kepada sesuatu masyarakat
- Politik dan pentadbiran tidak tersusun dan hanya bergantung kepada Kabilah yang terkuat menjadi ketua
- Ekonomi – amalan riba dan suka menipu
- Ilmu pengetahuan dan pendidikan - Tidak mempunyai pengetahuan dalam menulis dan membaca bagi perkembangan ilmu, pendidikan dan intelektual sesebuah masyarakat. Tidak mempunyai tamadun yang merangkumi ciri-ciri perkembangan sesebuah tamadun.
- Kedudukan sosial – berdasarkan kabilah dan semangat assabiyah yang tinggi. Hubungan Sosial – Tidak berakhlak dan etika yang baik sebagaimana yang digariskan dalam norma-norma sosial sesebuah masyarakat dan sistem sosial yang tersusun.
- Menganggap perkara keji seperti membunuh, merompak dan berzina sebagai perkara biasa dalam masyarakat. Mereka suka bertelingkah dan menganggap berperang sebagai pekerjaan yang disanjung tinggi dan meningkatkan imej kabilah.
Konsep jahiliah mengikut Pandangan Sarjana Barat
- Pendapat P.K Hitti bahawa masyarakat arab jahiliah hanya jahil dari segi kepercayaan dan agama tetapi maju dari segi ilmu pengetahuan dan tamadun. Pendapat orientalis barat P.K Hitti mengenai makna Jahiliah dapat disangkal dan dipersoal. Ini kerana kerajaan Saba’ pada zaman kegemilanganya (pada zaman pemerintahan Ratu Balqis) telah menerima ajaran Nabi Sulaiman a.s dan Allah SWT menganugerahkan kerajaan Saba’ sebagai “negeri yang makmur dan mendapat pengampunan Tuhan” (surah Saba, ayat 15). Setelah kerajaan ini ingkar kepada Allah SWT, maka kerajaan ini diturunkan bala oleh Allah SWT dan mengalami kejatuhan.
- Mempunyai struktur pemerintahan dan pentadbiran yang tersusun dengan perlantikan Ketua. Masyarakat Arab Hadari adalah masyarakat tinggal tetap di kota-kota seperti Makkah, Madinah dan Taif
- Mereka sudah mempunyai kepercayaan iaitu Penyembahan Patung Berhala – al-Latta, al-Uzza, al-Manat dll
- Sistem ekonomi mencapai tahap tertinggi iaitu terlibat dalam kegiatan perniagaan dan perdagangan dengan dunia luar seperti di Syam dan Yaman
- Mempunyai karya-karya sastera puitis yang dipertandingkan dan dilekat pada dinding kaabah dll.
Penutup
- Terdapat percanggahan pendapat dengan Sarjana Islam dan Barat tentang konsep Jahiliyah.
- Al-Quran diturunkan untuk memandu manusia kepada ketamadunan dan menamatkan Zaman Jahiliah.