Fenomena
penyakit berjangkit sudah biasa dalam kalangan masyarakat masa kini. Di
Malaysia khususnya, fenomena penyakit berjangkit ini sering diuar-uarkan di
media cetak, elektronik dan sebagainya. Namun begitu, masyarakat kini kurang
mengambil berat terhadap amalan gaya hidup yang sihat. Oleh hal yang demikian,
masyarakat akan mudah untuk dijangkiti penyakit terutamanya penyakit berjangkit
yang semakin menular kebelakangan ini seperti penyakit selesema H1N1 dan terbaru adalah
Coronavirus yang tular di Wuhan, China sejak awal tahun 2020. Oleh itu,
tindakan segera perlu di ambil oleh masyarakat untuk mengelakkan masyarakat
daripada dijangkiti penyakit berjangkit. Hal ini demikian kerana, penyakit
berjangkit ini semakin menular disebabkan amalan yang kurang sihat.
Masyarakat
yang tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang akan mudah untuk dijangkiti
penyakit berjangkit. Hal ini demikian kerana, pemakanan yang seimbang akan
mendatangkan pelbagai jenis sumber tenaga di dalam tubuh badan kita. Sekiranya
kita tidak mengamalkannya, antibodi yang terdapat di dalam badan akan menjadi
lemah, kurangnya zat di dalam tubuh badan dan sebagainya. Hal yang sedemikian
akan menyebabkan kita mudah untuk dijangkiti penyakit berjangkit disebabkan
antibodi atau ketahanan diri yang lemah untuk melawan penyakit tersebut. Oleh
hal yang demikian, langkah yang proaktif perlulah diambil oleh masyarakat untuk
mengatasi masalah penyakit berjangkit ini daripada dijangkiti, bak kata
pepatah, "Mencegah lebih baik daripada mengubati".
Selain
itu, masyarakat juga kurang menjaga kebersihan diri dan juga persekitaran. Hal
yang sedemikian akan menyebabkan seseorang itu mudah untuk dijangkiti oleh
penyakit berjangkit ini. Dengan persekitaran yang kotor, seseorang akan mudah
dijangkiti oleh penyakit berjangkit ini. Sebagai contohnya, apabila seseorang
itu memegang tombol pintu, kemudian tanpa membasuh tangan lalu makan, sudah
tentu seseorang itu akan mendapat penyakit kerana tombol pintu tersebut
mengandungi kuman yang dibawa oleh orang lain. Oleh hal yang demikian, langkah
untuk membasuh tangan perlulah dipraktikkan oleh semua anggota masyarakat untuk
mengelakkannya daripada djangkiti oleh penyakit. Hal ini bersesuaian dengan
peribahasa Melayu, "Jangan sudah terhantuk baru nak tengadah".
Hubungan
sosial tanpa sekatan turut juga menyumbang kepada penularan fenomena penyakit
berjangkit yang berteraskan kurangnya amalan gaya hidup sihat. Hubungan seks
yang dilakukan oleh segelintir masyarakat akan menyebabkan virus HIV tersebar.
Hal ini berlaku demikian kerana, tanpa pemakaian alat pencegahan seperti
kondom, virus tersebut akan tersebar melalui alat sulit mereka. Hal yang sama
juga berlaku seperti penggunaan atau perkongsian jarum suntikan untuk dadah.
Amalan tersebut akan menyebabkan seseorang itu akan dijangkiti virus HIV dan
seterusnya menghidap AIDS. Oleh itu, langkah yang bijak perlulah diambil oleh
semua anggota masyarakat supaya dapat mengatasinya, bak kata pepatah, "Sediakan
payung sebelum hujan".
Selain
itu, kurang kesedaran daripada masyarakat turut menyebabkan penularan fenomena
ini. Masyarakat pada masa kini terlalu mengejar kemewahan dengan mengumpul
harta dunia sehingga kurang mengambil tahu terhadap isu semasa pada masa ini.
Masyarakat jenis ini terlalu mementingkan diri mereka sendiri serta hidup di
dalam dunianya sendiri. Kebanyakan daripada mereka ini tidak mengetahui isu
semasa yang berkaitan dengan virus H1N1 yang mementingkan penjagaan kebersihan
diri dan mengelakkan mereka daripada pergi ke luar negara untuk mengelakkan
diri mereka daripada dijangkiti oleh virus tersebut.Namun begitu, segelintir
daripada mereka terlalu mementingkan diri sendiri sehingga melanggar larangan
tersebut. Apabila sudah dijangkiti barulah hendak menyesal, bak kata pepatah,”Nasi
sudah menjadi bubur".
Pihak
Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyarankan supaya sesiapa yang disyaki
dijangkiti penyakit virus H1N1 supaya dikuarantin bagi mengelakkan virus
tersebut daripada merebak. Namun begitu, masyarakat kini keras kepala sehingga
mengancam nyawa orang lain. Perbuatan yang sedemikian telah membantu penyebaran
virus tersebut sehingga sukar untuk dikawal oleh pihak berkuasa kesihatan.
Langkah yang diambil seperti mengadakan kuarantin seperti yang disarankan oleh
pihak berkuasa bertujuan untuk menjaga kepentingan orang lain serta mengawal
mereka daripada terus menyebarkan virus tersebut dengan lebih cepat.
Oleh hal yang demikian, penularan wabak penyakit berjangkit ini memang disebabkan oleh kurangnya amalan gaya hidup yang sihat oleh masyarakat. Jadi, langkah yang proaktif perlulah diambil oleh pihak kerajaan dan bukan kerajaan dengan cara yang lebih efektif seperti mempertingkat kempen-kempen kesedaran. Selain itu, pihak sekolah juga turut memainkan peranan yang penting untuk memberikan input mengenai penyakit berjangkit ini kepada para pelajar. Sekiranya langkah ini tidak diambil, nescaya masyarakat akan menjadi mangsa kepada ancaman penyakit berjangkit ini. Oleh itu, kita perlulah bersiap sedia untuk menghadapinya dan hal ini bersesuaian dengan peribahasa Melayu,”Sediakan payung sebelum hujan”.