Karangan SPM - meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam
Soalan : Sejak akhir-akhir ini banyak rungutan timbul terhadap mutu pengangkutan awam di negara kita.
Pendahuluan :
Pada masa ini sudah menjadi fenomena biasa apabila para pemandu terperangkap berjam-jam lamanya di jalan raya akibat kesesakan trafik. Keadaan menjadi lebih parah di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur dan Johor Baharu terutama dalam waktu puncak. Keadaan tersebut mengakibatkan peningkatan kos dan pembaziran tenaga serta masa. Adakah keadaan yang bertambah parah ini sekadar dapat ditonton dan didengari sekadar masuk telinga kanan keluar telinga kiri? Bagi kalangan warga kota, inilah suatu cabaran besar yang tepaksa mereka harungi sejak puluhan tahun yang lampau. Walaupun pelbagai usaha dilakukan seperti menambahkan rangkaian lebuh raya, sebaliknya usaha tersebut sekadar dapat menambahkan kantong pemilik konsesi melalui kutipan tol tetapi masalah kesesakan terus menghantui para pemandu. Oleh hal yang demikian, penyelesaian yang berbentuk konvensional haruslah diperluas kepada penyelesaian yang bersifat menyeluruh melalui pelbagai inisiatif daripada semua pihak.
Isi 1 : Memodenkan sistem pengangkutan awam terutama di bandar-bandar besar – mengangkat taraf pengangkutan awam kepada perkhidmatan profesional – pengangkutan awam lebih canggih, lancar dan istimewa daripada kenderaan persendirian – cadangan mewujudkan lorong khas untuk pengangkutan awam
Isi 2 : Mempelbagaikan jenis kenderaan pengangkutan awam – dapat menarik minat penumpang serta sesuai dengan pilihan mereka – kenderaan konvensional seperti bas dan teksi kepada kenderaan yang lebih sofistikated
Isi 3 : Melancarkan sistem bersepadu antara semua jenis rankaian pengangkutan awam – menyediakan kemudahan pengangkutan yang bersambungan dan transit dengan setiap destinasi utama ke destinasi hiliran – sebagai contoh pengguna kereta api/LRT tidak perlu memparkir kenderaan di setiap stesen disebabkan wujud perkhidmatan bas awam yang efisien
Isi 4 : Memberi suatu penanda aras cemerlang/status sosial yang tinggi kepada pengguna perkhidmatan awam –menukar paradigma berfikir masyarakat bahawa pengangkutan awam sekadar untuk golongan marhaen – logistik dan status kenderaan hendaklah memenuhi pilihan dan cita rasa setiap kelas masyarakat – ambil cara modus operandi perkhidmatan teksi Uber yang sangat efisien Isi 4 : Memperkemas sistem waktu bekerja anjal – untuk mengurangkan lambakan kenderaan dalam waktu puncak – mewujudkan jarak masa pekerja yang anjal antara agensi kerajaan, GLC, institusi pendidikan dan sektor swasta (perlu dilaksanakan secara tegas melalui arahan kerajaan)
Isi 5 : Mengangkat budaya dan pemikiran operator/pengusaha pengangkutan awam dalam budaya berfikir kelas pertama (pemikiran berkelas dunia) – menjadikan bidang pengangkutan awam sebagai pekerjaan yang mulia dan lumayan – menjadi pemandu yang beerhemah, mesra pelanggan dan berilmu pengetahun – membuang imej buruk pemandu teksi dan sebagai kasar, baran dan pengotor
Kesimpulan :
Berpandukan kata-kata tokoh, “Jikalau mahu maju bersedialah untuk keluar daripada kepompong jumud katak di bawah tempurung dan berani membuat anjakan paradigma barulah nampak kejayaannya. Sesungguhnya, kejayaan yang hakiki biasa lahir daripada kebolehan insan-insan biasa yang mampu berfikir secara luar biasa. Oleh sebab itu, dalam mencari penyelesaian kepada masalah kronik kesesakan trafik, sudah tiba masanya sesuatu idea baru yang kreatif dan produktif dicetuskan segera. Biarlah lontaran idea tersebut tidak logik kepada sesetengah pihak tetapi relevan dalam menyelesaikan masalah yang tiada kesudahannya.