Contoh Karangan Kegiatan Ekonomi Zaman Abbasiyah Pada Abad Ke-11 Hingga Ke-12
Kegiatan Ekonomi Zaman Abbasiyah
1. Pertanian
Kegiatan pertanian mengalami
perkembangan yg pesat kerana kedudukan ibu kota Kerajaan Abbasiyah terletak di
daerah yang sangat subur iaitu diapit oleh sungai Euphrates dan Tigris. Kawasan
amat sesuai untuk kegiatan pertanian. Di samping itu, kerajaan ini memberi
tumpuan terhadap kegiatan pertanian dgn memberi kebebasan kpd penduduk setempat
utk mengusahakan tanah pertanian mereka tanpa tekanan dan diskriminasi.
Antara tanaman yang ditanam ialah
tanaman bijirin seperti gandum dan barli; tanaman buah-buahan seperti anggur,
limau, kurma, epal, pisang dan tembikai; tanaman lain seperti kapas dan rami.
Wilayah Khurasan merupakan daerah
pertanian yg paling makmur sehingga menjadi pendapatan cukai kerajaan yg
terbesar, manakala Kota Bukhara merupakan daerah perkebunan yg subur.
Wilayah-wilayah yang banyak
menyumbangkan hasil pertanian kepada kerajaan Abbasiyah ialah Mesir, Syam,
Iraq, Yaman, Maqhribidan Khurasan.
Kerajaan Abbasiyah telah mengambil
beberapa langkah untuk memajukan sektor pertanian seperti melebarkan sungai dan
terusan untuk tujuan mengairi kawasan pertanian, membina empangan dan
menggalakkan penerokaan tanah-tanah baharu untuk aktiviti pertanian.
Untuk meningkatkan hasil pengeluaran
pertanian, kerajaan Abbasiyah telah melakukan usaha-usaha penyelidikan. Ini
telah mendorong kemunculan ramai cendekiawan Islam yang memberi idea-idea bagi
memajukan aktiviti pertanian.
Sekolah-sekolah pertanian dibuka utk
menganalisis sifat-sifat tanah dan tanaman yang sesuai utk ditanam di atas
jenis tanah dan iklim yg beraneka.
Ladang-ladang pertanian dan ternakan
serta pasar yang dikenali sebagai suq al-baqar juga telah diwujudkan oleh
kerajaan Abbasiyah.
Atas usaha kerajaan inilah telah
menjadikan sektor pertanian meruapakan sumber terpenting kerajaan Abbasiyah dan
para petani merupakan majoriti penduduk di sana.
2.
Perdagangan
Kegiatan perdagangan juga merupakan
kegiatan ekonomi Kerajaan Abbasiyah. Kepesatan aktiviti perdagangan
internasional pada zaman ini adalah kerana kedudukan ibu kotanya iaitu Baghdad
yang strategik iaitu menjadi laluan perdagangan antara Timur dan Barat.
Baghdad menjadi kota dagangan
terbesar di Asia setanding Iskandariah sebagai pusat perdagangan di Afrika.
Buktinya, sepanjang pelabuhan beratus-ratus kapal berlabuh termasuklah kapal
perang dan kapal perdagangan.
Pemerintah memainkan peranan penting
bagi memajukan aktiviti perdagangan antaranya adalah dengan membina dan
menyediakan kemudahan yang mencukupi di tempat-tempat tumpuan pedagang. Kawalan
keselamatan juga diperketatkan lagi bagi menggelakkan berlakunya rompakan.
Antara pelabuhan terkenal pada masa
itu ialah Baghdad, Basrah, Siraf, Amman, Kaherah dan Iskandariah.
Kegiatan perdagangan telah berlaku
sehingga ke negara China dengan berdagang secara kafilah dan barangan di bawa
dgn kuda. Barangan dagangan – sutera dan kasturi.
Barangan dagangan yg diperdagangkan
seperti rempah-ratus dan cat dari India; batu permata dan hasil perusahaan dari
Turki dan Asia Tengah; madu, lilin dan barang kulit dari Scandinavia dan Rusia;
gading dan hasil galian seperti emas permata dan lain dari Afrika-Timur; beras
dan gandum dari Mesir; barang kaca dan buah-buahan dari Syria; kain sutera dan
minyak wngi dari Parsi. Perdagangan dgn negara Barat juga turut dijalankan
sehingga sampai ke Sepanyol.
3.
Perindustrian
Sektor perindustrian juga menjadi
salah satu kegiatan ekonomi di bawah kerajaan Abbasiyah. Beberapa bidang
industri yg terkenal pada masa itu antaranya ialah industri gelas dan tembikar;
dan industri tekstil dan tenunan.
Kilang-kilang di Baghdad, Syiraz dan
Isfahan di Parsi terkenal dengan hasil produk tenunan, hamparan dan permaidani.
Terdapat juga pengeluaran pinggan
mangkuk dari Mesir dan barangan kaca, tembikar serta mozek dari Mesir, Syam,
Saida dan Sur.
Barangan kulit dan senjata
dikeluarkan oleh Mesir, Andalus, Maghribi. Mankala barangan perhiasan dan batu
permata dikeluarkan di Yaman, Khurasan, Bahrain dan Lubnan.
Kegiatan-kegiatan ekonomi yang dijalankan telah menjadikan
umat Islam menikmati taraf hidup yang tinggi. Malah pendapatan yang diperoleh
oleh kerajaan menerusi cukai dsb membolehkan kemudahan prasarana seperti tali
air, masjid dan sekolah disediakan secara lebih teratur.