Perkembangan
sektor pengangkutan darat moden di negara kita bermula pada tahun 1930-an
apabila penjajah British meluaskan kuasanya di Tanah Melayu. Kini, sektor ini
telah mengalami perkembangan yang pesat, terutama di bandar besar sehingga
telah menimbulkan masalah kesesakan
jalan raya yang serius. Kini, semua orang
harus menerima hakikat bahawa jalan raya di bandar besar sudah tidak mampu lagi
menampung jumlah kenderaan yang semakin bertambah. Di bandar raya Kuala
Lumpur umpamanya dikatakan terdapat lebih kurang sejuta buah kenderaan
memasukinya setiap hari. Banyak faktor yang menyumbang kepada kesesakan ini.
Salah Baru puncanya ialah tidak keseimbangan kadar pertambahan antara jumlah
kenderaan dengan pertambahan keluasan jalan raya. Setiap hari jumlah kenderaan
bertambah, sedangkan penambahan keluasan jalan raya boleh dikatakan amat
perlahan. Ketidakseimbangan ini menjadikan kepadatan kenderaan di jalan raya
semakin tinggi. Oleh itu, berlaku kesesakan jalan raya.
Faktor lain
yang tidak kurang pentingnya ialah pertambahan pesat penduduk yang
mendiami bandar besar itu sendiri. Pertambahan pesat penduduk bandar ini
berpunca daripada penghijrahan penduduk dari kawasan luar bandar. Pada tahun
1970, hanya 13.8 peratus daripada penduduk Malaysia tinggal di bandar. Pada
tahun 1980 pula, kira-kira 26.3 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia
tinggal di bandar-bandar besar. Bagi bandar raya Kuala Lumpur,
penduduknya telah meningkat daripada 500 000 orang pada tahun 1970 kepada 1 000
000 orang pada tahun 1980. Bandar besar yang lain juga telah mengalami
pertambahan penduduk yang pesat. Pertambahan pesat penduduk memerlukan lebih
banyak kawasan untuk dijadikan tempat tinggal. Jadi, banyak kawasan yang
sepatutnya dikhaskan sebagai persediaan untuk membesarkan jalan raya terpaksa
digunakan untuk petempatan penduduk.
Kemalangan
jalan raya juga merupakan punca terjadinya kesesakan jalan raya. Apabila
kemalangan terjadi, ia akan menghalang lalu lintas dan menyebabkan kesesakan.
Memandangkan Malaysia ialah salah sebuah negara yang mempunyai kadar kemalangan
jalan raya yang tinggi di dunia, ia secara langsung mempengaruhi fenomena
kesesakan jalan raya.
Kesesakan jalan
raya menimbulkan pelbagai masalah kepada penduduk. Salah satunya ialah masalah
masa. Akibat kesesakan lalu lintas, banyak masa yang terbuang. Golongan yang
bekerja terpaksa keluar dari rumah awal-awal lagi dan pulang ke rumah lewat
petang. Banyak masa yang sepatutnya dihabiskan di rumah bersama anak-anak
terbuang bigitu sahaja. Selain pembaziran masa, ia menyebabkan tenaga kerja
negara tidak produktif. Ini sekali gus merugikan negara dari segi ekonomi.
Kerja-kerja yang sepatutnya boleh dilakukan dalam masa yang singkat boleh tergendala akibat kesesakan jalan raya. Banyak urusan ekonomi dan perniagaan seperti penghantaran barang dari satu tempat ke tempat yang lain sering tergendala dan mengambil masa yang lama untuk sampai ke destinasinya walaupun melibatkan jarak yang dekat.
Kerja-kerja yang sepatutnya boleh dilakukan dalam masa yang singkat boleh tergendala akibat kesesakan jalan raya. Banyak urusan ekonomi dan perniagaan seperti penghantaran barang dari satu tempat ke tempat yang lain sering tergendala dan mengambil masa yang lama untuk sampai ke destinasinya walaupun melibatkan jarak yang dekat.
Satu lagi
akibat daripada kesesakan jalan raya ialah berlakunya penyakit fizikal.
Kesesakan jalan raya yang serius boleh menyebabkan pencemaran paru-paru, sesak
nafas dan pening kepala. Bunyi bising enjin kenderaan boleh menyebabkan
kerosakan pendengaran dan masalah gangguan konsentrasi. Selain itu, kesesakan
jalan raya juga boleh menimbulkan ketegangan psikologi. Ini terjadi kerana para
pengguna jalan raya terpaksa menghabiskan masa berjam-jam di jalan raya. Kajian
yang dijalankan oleh pakar psikologi menunjukkan bahawa masyarakat bandar
sering terdedah kepada masalah ketegangan akibat daripada kesesakan jalan raya,
pencemaran alam sekitar dan bunyi bising.
Kesimpulannya,
semua pihak terbabit perlu bertindak segera menangani masalah ini sebelum ia
menimbulkan kesan sosioekonomi yang lebih serius.