Menyediakan contoh karangan Bahasa melayu, Pengajian Am, dan Sejarah yang merangkumi pelbagai topik bagi pelajar STPM, disertakan juga contoh karangan SPM, PT3 dan juga UPSR.

Karangan Pergolakan politik

Pergolakan politik disebabkan oleh pertentangan fahaman perjuangan politik. Kegawatan ekonomi dan kelemahan pihak pemerintah juga mencetuskan masalah. Pergolakan politik tidak membawa sebarang manfaat selain keburukan.

Kesan-kesan Pergolakan politik

Keselamatan rakyat terancam

Pergolakan politik akan menyebabkan rakyat mengadakan tunjuk perasaan jalanan. Ucapan yang berapi-api oleh pemimpin akan membakar perasaan penyokongnya. Pemimpin mungkin menghasut penyokongnya melakukan keganasan. Akibatnya, mereka yang menyertai tunjuk perasaan akan bertindak liar seperti merosakkan dan membakar kenderaan serta bangunan. Tunjuk perasaan jalanan boleh menjatuhkan kerajaan yang memerintah. Pertempuran antara penunjuk perasaan dengan pihak yang berkuasa boleh berlaku.

 

Keruntuhan ekonomi dunia 

Oleh sebab pergolakan yang berlaku, pelabur tidak mahu melabur di negara yang dilanda pergolakan politik. Sebagai contohnya, di Indonesia dan Filipina. Pelabur -pelabur menghentikan operasi dan meninggalkan negara tersebut. Akibatnya, sistem ekonomi negara tersebut runtuh dan menyebabkan krisis ekonomi di kawasan serantau.

 

Pembangunan negara terjejas 

Keadaan huru-hara dan tegang tidak dapat melakarkan pembangunan infrastruktur. Ekonomi negara yang terjejas melambatkan pemabangunan. Kesukatan ini akan mendorong kepada ketidakpuasaan hati rakyat.

 

Industri pelancongan terjejas 

Industri pelancongan merupakan sumber pendapatan bagi kebanyakan negara. Serangan pengganas terhadap WTC di Amerika Syarikat menjejaskan industri pelancongan. Terdapat lapangan terbang yang ditutup sementara waktu. Orang ramai takut untuk menaiki kapal terbang. Banyak negara mengalami kemerosotan kedatangan pelancong dan hal ini menyebabkan industri yang ada kaitan dengan sektor pelancongan terjejas.

 

Semangat rakyat terjejas 

Rusuhan dan tunjuk perasaan menjejaskan semangat rakyat. Mahasiswa dan pekerja asyik mengadakan tunjuk perasaan. Mereka telah mengabaikan tanggungjawab asal mereka sehingga wujudnya suatu kumpulan pelampau. Mereka menghasut remaja menyertai kumpulan militan dan dilatih untuk melakukan keganasan serta menjadi skuad berani mati.

 

Penutup
Kesimpulannya, pergolakan politik menghalang perpaduan dan kemajuan negara. Oleh itu, semua pihak harus sentiasa mengambil iktibar daripada negara asing yang hancur akibat pergolakan supaya negara kita aman dama.