Menyediakan contoh karangan Bahasa melayu, Pengajian Am, dan Sejarah yang merangkumi pelbagai topik bagi pelajar STPM, disertakan juga contoh karangan SPM, PT3 dan juga UPSR.

Sistem feudal yang diamalkan di England dan Jepun pada abad ke 16 hingga ke 17.

Contoh Karangan Sistem feudal yang diamalkan di England dan Jepun pada abad ke 16 hingga ke 17.


Bandingkan sistem feudal yang diamalkan di England dan Jepun pada abad ke 16 hingga ke 17.


Pengenalan

  • Definisi Masyarakat Feudal - masyarakat yang tinggal dalam sesuatu komuniti dan terikat dengan aturan yang ditetapkan oleh kerajaan atau pemerintah ke atas golongan diperintah/bawahan. Kedua-dua golongan ini hidup mengikut susun lapis yang ditetapkan berdasarkan keturunan dan hubungan di antara keduanya berasaskan saling memerlukan antara satu sama lain.
  • masyarakat feudal di England memperlihatkan raja mempunyai kuasa mutlak dan berada pada kedudukan teratas, diikuti oleh count (bangsawan), lord (tuan tanah), manor dan serf (petani)
  • manakala masyarakat feudal di Jepun meletakkan maharaja pada kedudukan tertinggi dan mempunyai kuasa yang tidak terbatas ke atas segala aspek dalam pemerintahan termasuklah tanah. Namun demikian, maharaja telah mewakilkan kuasa baginda kepada keluarga syogun dan dibantu oleh daimyo serta samurai.

Isi – isi Penting

Persamaan:
  1. Konsep masyarakat feudal dibina atas dasar keturunan dan sisitem kelas yang saling memerlukan antara golongan pemerintah dan golongan diperintah dan berbentuk piramid. Contohnya, dalam sistem piramid , golongan bangsawan berada di atas diikuti oleh golongan tentera dan petani.
  2. Pembinaan masyarakat adalah berdasarkan keturunan dan sistem kelas antara kedua-dua negara. Contohnya,di England sistem Primogeniture memberikan hak kepada anak lelaki  tertua sahaja mewarisi harta pusaka bagi mengelakkan harta dibahagikan. Manakala di Jepun pula golongan bangsawan yang mempunyai peranan penting dalam pentadbiran Jepun iaitu mereeka bermula dari status ketua yang popular dalam kalangan bangsawan.
  3. Kurangnya perubahan status atau mobaliti sosial dalam masyarakat feudal. Misalnya, jika dilahirkan sebagai anak petani maka dibesarakan sebagai anak petani, sedangkan anak-anak bangsawan akan tetap  menjjadi golongan bangsawan.
  4. Peperangan adalah fenomena biasa dalam kalangan masyarakat di England dan Jepun. Keadaan ini menyebabkan golongan knight di Eropah dan Samurai di Jepun mempunyai peranan yang penting pada zaman feudal . Kedua-dua berkhidmat dengan golongan bangsawan dan terikat dengan undang-undang feudal. Knight terikat dengan konsep chivalry manakala samurai terikat dengan konsep bushido di Jepun.
  5. Peralatan peperangan adalah bersifat tradisional iaitu menggunakan kuda, pedang dan baju perisai. Baju perisai di Eropah diperbuat daripada besi dan di sadur dengan besi . Baju perisai Jepun pula diperbuat daripada logam atau sutera atau saduran logam. Knight memerlukan bantuan untuk menaiki kuda kerana baju perisai yang berat tetapi samurai tidak memerlukan bantuan.


Perbezaan:
  1. Konsep undang-undang Rom yang diamalkan masyarakat feudal di England menekankan hak, undang-undang dan kewajipan iaitu hubungan antara mereka yang lahir bersama ikatan peribadi zaman feudal digunakan di England.  Manakala di Jepun menekankan aspek moral, kesetiaan dan dipengaruhi oleh etika Confucius yang lebih menekankan aspek moral berbanding undang-undang. Dalam erti kata lain, kekuasaan dan kesetian menjadi kuasa mutlak.
  2. Pembinaan istana di England menggunakan batu manakala di Jepun menggunakan kayu. Bagi golongan bangsawan di England pembinaan istana daripada batu sangat penting bagi melindungi mereka dan vassal dari serangan. Golongan Daimyo di Jepun membina istana daripada kayu memandangkan banyak sumber hutan di Jepun.
  3. Kuasa pemerintahan dikongsi dalam badan perwakilan di England tetapi di Jepun kuasa dan kesetiaan adalah sesuatu yang mutlak.
  4. Perbezaan yang paling ketara ialah Pemilikan tanah, Di England golongna knight mendapat tanah sebagai bayaran memberi perkhidmatan ketenteraan. Knight juga mengawal golongan petani atau serf yang berkerja di tanah-tanah mereka. Manakala di Jepun, samurai tidak mempunyai tanah. Hal ini kerana daimyo mengenakan cukai ke atas petani untuk membayar gaji samurai dalam bentuk beras.
  5. Di  England, penyatuan rakyat dijalankan oleh Raja tetapi di Jepun ia dilaksanakan oleh ketua tentera.


Penutup
  • Terdapat persamaan dan perbezaan dalam pengamalan sistem feudal di Eropah dan Jepun. Persamaan yang terdapat dalam pelbagai aspek antaranya; Konsep, Pembinaan, Masyarakat, Mobiliti Sosial, Peperangan, dan Peralatan Peperangan.
  • Manakala perbezaannya daripada aspek ialah; Penyatuan, Pemilikan Tanah, Perkongsian Kuasa, dan sebagainya.