Ekoran kemajuan sains dan teknologi, terciptalah pelbagai alatan yang memudahkan urusan harian manusia. Penciptaan kenderaan canggih membolehkan sesiapa sahaja bergerak ke sana ke sini dalam masa yang singkat. Penemuan kaedah rawatan moden pula telah membantu pihak perubatan mengesan dan merawat penyakit dengan lebih berkesan. Walaupun kepentingan sains dan teknologi diakui, namun kesedaran orang ramai, khususnya pelajar tentang perkara ini masih kurang. Sehubungan dengan itu, usaha untuk memupuk budaya sains dan teknologi dalam kalangan pelajar perlu dilakukan.
Bagi mencapai matlamat tersebut, ibu bapa hendaklah memperkenalkan “dunia sains dan teknologi” kepada anak-anak. Selain memberitahu anak-anak tentang kepentingan budaya sains dan teknologi dalam kehidupan era moden, ibu bapa seharusnya membawa anak-anak mengunjungi pameran sains dan teknologi yang sering diadakan. Tujuannya adalah untuk menanam minat anak- anak terhadap sains dan teknologi sejak awal lagi. Bagi anak-anak yang menunjukkan minat mereka terhadap bidang ini, galakan hendaklah diberikan agar minat tersebut dapat disuburkan.
Sesetengah pelajar beranggapan bahawa Sains merupakan mata pelajaran yang sukar dipelajari. Oleh hal yang demikian, fobia terhadap mata pelajaran Sains perlu dihilangkan dalam diri pelajar. Di sekolah, Unit Bimbingan dan Kaunseling harus mengadakan ceramah untuk membetulkan tanggapan tersebut. Kesedaran tentang hal ini juga perlu diberikan kepada ibu bapa melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Selain itu, pelajar yang telah berjaya dalam bidang tersebut boleh diundang untuk memberikan penjelasan kepada pelajar tentang perlunya budaya sains dan teknologi pada era globalisasi. Langkah ini penting untuk membina keyakinan dalam diri pelajar bahawa sains dan teknologi mampu dipelajari oleh sesiapa sahaja.
Di sekolah, guru mata pelajaran Sains hendaklah memberikan penekanan kepada aspek amali dan penyelidikan, di samping penekanan terhadap teori. Selain itu, pertandingan reka cipta sains perlu diadakan dari semasa ke semasa. Aktiviti ini penting untuk meningkatkan inovasi dan kreativiti pelajar. Ganjaran yang setimpal perlu disediakan untuk menarik lebih ramai pelajar mengambil bahagian. Usaha ini dipercayai dapat meningkatkan minat pelajar terhadap sains dan teknologi, sekali gus memupuk budaya sains dan teknologi dalam kalangan generasi muda di negara ini.
Seterusnya, institusi pengajian tinggi pula hendaklah menawarkan lebih banyak kursus yang berkaitan dengan sains dan teknologi. Dengan berbuat demikian, lebih ramai pelajar berpeluang untuk mengikuti pengajian dalam bidang tersebut. Pada masa yang sama, pihak institusi yang berkenaan hendaklah menyediakan kemudahan pembelajaran sains dan teknologi yang mencukupi untuk membolehkan pelajar mengikuti pengajian dengan berkesan. Di samping itu, insentif kepada pelajar yang cemerlang dalam bidang tersebut wajar diberikan sebagai pendorong agar pelajar berusaha untuk menguasai bidang tersebut. Oleh hal yang demikian, pihak institusi pengajian tinggi harus memikirkan pelbagai kaedah untuk menarik minat generasi muda dalam bidang sains dan teknologi.
Di samping itu, Kementerian Pendidikan mengadakan Kempen Budaya Sains dan Teknologi dalam kalangan pelajar. Sehubungan dengan itu, wacana ilmu yang berkaitan dengan bidang sains dan teknologi telah diadakan dari semasa ke semasa. Sebagai contoh, aktiviti forum dan wawancara tentang sains dan teknologi diadakan sepanjang pelaksanaan kempen itu. Selain itu, peraduan menulis esei, pidato, melukis poster, dan mencipta puisi yang bertemakan sains dan teknologi telah diadakan khusus untuk pelajar sekolah. Kempen yang berterusan ini diyakini dapat memupuk budaya sains dan teknologi dalam kalangan generasi muda di negara ini.
Sesungguhnya, bidang sains dan teknologi banyak mendatangkan faedah kepada kehidupan manusia. Pelajar hendaklah memantapkan ilmu dalam bidang ini. Selain itu, kesedaran semua pihak tentang kepentingan sains dan teknologi amatlah penting. Dengan adanya kesedaran sedemikian, usaha pemupukan budaya sains dan teknologi dalam kalangan pelajar akan mencapai matlamatnya. Akhir kata, sama-samalah kita memainkan peranan dalam memartabatkan bidang sains dan teknologi demi kemajuan negara. Sekian sahaja ucapan saya, terima kasih.