Contoh Karangan Punca-punca Berlakunya Penderaan Kanak-kanak
Marcapada ini,  sering meniti dari bibir ke bibir seantero rakyat Malaysia mengenai kes  penderaan kanak-kanak yang semakin mencatatkan angka yang  membimbangkan. Bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Media massa tidak  pernah terlepas daripada memaparkan isu penderaan yang sering dilakukan  oleh ibu bapa kandung anak itu sendiri. Mengapakah fenomena ini  berlaku? Wajarkah kita menyalahkan anak-anak yang tidak tahu apa-apa  dalam hal ini? Terdapat beberapa faktor yang boleh kita kaitkan dengan  kes penderaan kanak-kanak.
    Tekanan di  tempat kerja merupakan salah satu pemangkin berlakunya kes penderaan  kanak-kanak. Bagi ibu bapa yang bekerja, mereka pastinya menghadapi  tekanan di tempat kerja. Ibu bapa yang tidak dapat mengawal emosi mereka  akan menjadikan anak-anak sebagai medium melepaskan geram dan tekanan  yang mereka hadapi. Ibu bapa yang tidak berfikir panjang berisiko tinggi  melakukan kes penderaan ke atas anak-anak seperti menerajang, mencucuk  puntung rokok atau sebagainya. Patutkah anak-anak yang tidak berdosa ini  diperlakukan seperti binatang? Tepuk dada tanyalah selera.
    Kes penderaan  kanak-kanak turut ditunjangi oleh faktor tekanan ekonomi yang dihadapi  oleh para orang tua. Kes hidup yang semakin meningkat pada masa ini,  memaksa golongan ini berhutang demi memastikan kelangsungan hidup seisi  keluarga. Masalah yang kewangan sering berlaku menyebabkan para ibu bapa  berasa terbeban. Semua ini dilepaskan kepada sang kecil yang saat itu  membutuhkan kasih sayang daripada kedua-dua insan mulia ini. Keadaan ini  pasti menyedihkan sesiapa sahaja yang mendengar kes penderaan ini. Anak  yang sepatutnya diberi perlindungan dan dibelai oleh ibu bapa, kini  menjadi mangsa sepak terajak mereka yang terbeban dengan krisis kewangan  yang dihadapi.
    Kurangnya  didikan gama dalam kalangan ibu bapa turut menyumbang kepada berlakunya  masalah penderaan kanak-kanak. Ilmu agama merupakan tunggak utama yang  menjamin kepada keutuhan serta perpaduan sesebuah institusi  kekeluargaan. Ia juga memberi panduan yang terbaik dalam menguruskan  keluarga. Bengkok bayang bengkoklah batangnya. Kedangkalan ilmu agama  akan menyebabkan sesebuah keluarga itu dipandu  dengan cara yang kontra  dengan didikan agama. Hal ini yang menyebabkan terdapat segelintir ibu  bapa yang menghukum anaknya sehingga meninggalkan kesan seperti luka,  lebam dan mungkin juga berlaku pendarahan dalam otak. Di sini kita dapat  lihat betapa didikan agama mementaskan peranan yang signifikan dalam  kehidupan seharian kita.
    Intihanya,  penderaan kanak-kanak merupakan suatu tindakan yang keji dan sangat  ditegah oleh mana-mana agama pun. Semua pihak harus bekerjasama  menggalas obligasi membendung fenomena ini demi mewujudkan masyarakan  madani menjelang tahun 2020. Kanak-kanak hari ini harus dipelihara dan  diberikan sepenuh perhatian keranan mereka merupakan aset dan pewaris  negara yang akan menerajui tampuk kepimpinan negara di hari muka. Oleh  itu, hargailah anugerah Ilahi yang tidak ternilai ini.