Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini.
Kepentingan pemakanan seimbang yang utama ialah sikap
ini menjadikan pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal.
Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh
badan yang kuat daripada keperluan fizikal manusia. Keupayaan fizikal yang
ketara ini menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan
begitu baik dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal
manusia itu lebih baik berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya.
Selain itu, pemakanan yang seimbang menjadikan
perkembangan mental seseorang itu terganggu pula. Kekurangan zat makanan yang
tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah
letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam kehidupan
seseorang itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk
menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan individu yang
seimbang aspek pemakanannya. Jadi, pemakanan seimbang menjadikan aspek mental
manusia lebih stabil dan berdaya tahan.
Kemungkinan kepentingan pemakanan seimbang yang mudah
difahami ialah makanan yang seimbang memberikan vitamin yang cukup kepada badan
seseorang itu. Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu
lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk
jatuh sakit. Kesihatan manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam
kehidupan seseorang itu. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan
seimbang akan mempunyai kesihatan yang sihat sejahtera sahaja.
Akhirnya, pemakanan seimbang turut dikatakan mampu
mengawal kadar obesiti masyarakat dunia. Salah satu aspek utama dalam pemakanan
seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil
tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan pemakanan sebegi
menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk
menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan
badan pula. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet
pemakanan seimbang dalam hidupnya.
Kesimpulannya, kita perlu mengambil makanan yang
seimbang kerana semua kepentingannya sudah dinyatakan tadi. Bukan sahaja
individu tetapi masyarakat dan seterusnya negara akan menerima kesan positif
daripada pemakanan yang baik ini. Jika masyarakat masih ingkar dan tidak mahu
berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di negara ini akan bertambah
pula. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita semua mengambil langkah
pencegahannya. “Tepuk dada tanya selera”.